Gaji Minimum RM1,700 Sepenuhnya Bermula 1 Ogos

Gambar Hiasan

Pelaksanaan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini kepada semua majikan di seluruh negara tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan, semua majikan perlu menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.

Kadar baru itu sebelum ini diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dilaksanakan pada 1 Februari lalu bagi majikan yang mempunyai lima orang pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah ‘Malaysia Standard Classification of Occupations’ (MASCO) 2020.

“Ini bermakna, bermula 1 Ogos 2025 semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan,” kata kenyataan Kesuma.
.