
Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank Malaysia) akan menganjurkan tayangan wayang pacak filem klasik bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di Alor Setar
Pengerusi Food Bank Malaysia Mohd Azrul Mohd Razak, berkata melalui tayangan filem klasik, orang ramai dapat mengimbau sejarah dan dalam masa yang sama memupuk semangat nasionalisme.
“Pelbagai filem klasik menarik antaranya karya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan ditayangkan kepada orang ramai,” katanya.
Beliau berkata tayangan akan diadakan setiap Jumaat bermula 22 Ogos ini bertempat di Warong Jalan Day di sini, bermula 8 hingga 11 malam.