
Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyokong penuh pelaksanaan struktur tarif baru elektrik di Bawah Tempoh Kawal Selia Ke-4 (RP4) dan menyifatkannya sebagai langkah tepat waktunya, progresif dan menguntungkan isi rumah.
CEO Fomca, T Saravanan, berkata tarif baru yang akan berkuatkuasa 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) itu mencerminkan sistem penetapan harga tenaga yang lebih adil dan telus.
“Inisiatif ini dilakukan pada masa yang kritikal, apabila banyak isi rumah menghadapi tekanan kewangan akibat inflasi dan kenaikan kos sara hidup,” katanya.
Menurutnya, struktur tarif yang disemak semula itu mengurangkan kadar tarif asas purata daripada 45.62 sen/kWj kepada 45>40 sen/kWj yang menyumbang kepada pengurangan kos elektrik purata keseluruhan sebanyak 19 peratus berbanding tempoh kawal selia sebelumnya.