Firma Malaysia Beli Emas Kyrgyzstan AS$36 Juta

Foto Kyrgyz National News Agency

Public Gold Marketing Sdn Bhd dan Kyrgyzaltyn OJSC dari Kyrgyzstan menandatangani Memorandum Kerjasama dan kontrak jual beli emas dalam bentuk jongkong.

Menurut agensi berita Kyrgyz, Kabar, memorandum kerjasama itu ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia 24 Jun lalu.

Kyrgyzaltyn telah memeterai perjanjian dengan syarikat Malaysia itu bagi jual beli 300 kilogram emas Kyrgyz dalam bentuk jongkong emas satu kg pada tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan AS$36 juta.

Setakat ini, 50 kg jongkong emas daripada 300 kg itu sudah pun dijual dengan nilai AS$5.6 juta.