Firma Jerman labur RM1 bilion di Johor

Foto Facebook Lee Ting Han

Syarikat automasi Jerman, Sick AG, melabur RM1 bilion melalui anak syarikat tempatan Sick Sd Bhd bagi membangunkan pangkalan pembuatan berteknologi tinggi di Senai Airport City, Johor.

Fasa pertama pembangunan secara berperingkat itu akan bermula dengan pelaburan RM280 juta menjelang 2026 dan akan meliputi kawasan 10 hektar.

Projek itu akan menumpukan teknologi sensor canggih untuk pasaran automasi antarabangsa.

Ini adalah antara projek besar Sick yang memberi impak tinggi di Johor dan akan membuka 2,500 peluang pekerjaan bagi jawatan berkemahiran tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal-Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata kerajaan negeri melihat pelaburan itu sebagai tanda keyakinan terhadap ekosistem Johor.