
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masyarakat perlu memahami nilai dan etika dalam Islam untuk kekal harmoni.
Perdana Menteri berkata, pada masa sama umat Islam juga perlu berinteraksi dengan penganut agama lain untuk lebih memahami satu sama lain.
“Kita harus akui kita hidup dalam masyarakat Muslim dalam kepelbagaian, jadi kita harus berinteraksi.
“Kita mahu negara ini maju secara beretika dan mempunyai nilai Islam tetapi kita tak mahu berinteraksi dengan mereka yang beragama Buddha, Hindu dan Kristian. Ini tak betul. Kita kena ada kefahaman bersama,” katanya.