
KUALA LUMPUR: Wujud dua surat berasingan daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu dan Kelantan membabitkan permintaan kelulusan bagi projek tertentu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, kedua-dua surat berkenaan dengan jelas meminta kelulusan rasmi, berbeza dengan surat sokongan daripada bekas Setiausaha Politik Kanan beliau iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya memohon pertimbangan.
Beliau mendedahkan surat dari Terengganu itu ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, namun surat dari Exco Kelantan tidak didedahkan pihak yang ditandatangani.
Exco Terengganu didedahkan selepas diasak oleh Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta Perdana Menteri mendedahkan nama pihak yang mewakili kerajaan Terengganu.