
SUNGAI PETANI: Pelancong Malapysia yang terkandas di Hatyai dinasihatkan tidak cuba pulang sendiri bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Enam laluan utama dari Hatyai menuju sempadan Malaysia-Thailand dinaiki air hampir satu meter sehingga menyebabkan lori besar turut terkandas dan tidak dapat melepasi kawasan berkenaan.
Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat, berkata lapan pasukan bomba sukarela dari Malaysia yang dalam misi bantuan turut terpaksa berhenti di Danok selepas jalan utama dari Hatyai menuju Sadao terputus akibat banjir.
“Bukan satu laluan sahaja terjejas, kami dimaklumkan terdapat lima lagi jalan lain yang turut ditenggelami air,” katanya.