
CHERAS: Kebakaran besar di Taman Cheras Jaya dekat Balakong di sini malam tadi memusnahkan empat kilang, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.
Menurutnya, laporan berhubung kejadian itu diterima jam 9.24 malam.
Susulan itu, katanya jentera dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.
“Kebakaran membabitkan empat kilang dan api berjaya dikawal daripada merebak pada 10.18 malam. Semua kilang masing-masing terbakar 50 peratus, 80 peratus, 90 peratus dan 100 peritus,” katanya.