Emas di sebalik durian?

“Peninsular Malaysia Gold Belts” adalah berdasarkan kajian yeap, E.B. (1993)

Penceroboh tanah haram yang menanam durian musang king di Raub, Pahang merobohkan empat jambatan untuk menghalang agensi penguatkuasaan menjalankan tugas-tugas memusnahkan pokok-pokok durian.

Mengapa tindakan begitu berani dilakukan oleh penceroboh-penceroboh berkenaan. Untuk melindungi dan mempertahankan pokok musang king yang memberikan pendapatan lumayan atau ada udang di sebalik batu?

Ramai mendakwa Raub adalah jajaran di Semenanjung yang tersembunyi banyak emas, khususnya di Sungai Klau. Apakah ini yang menyebabkan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan ladang berkenaan?

Memang diakui Raub terletak betul-betul atas Gold Belt 2, iaitu antara jalur emas terpenting di Asia Tenggara. Ada empat kawasan emas aktif iaitu Raub, Buffalo Reef, Penjom dan Selinsing berada dalaam jalur ini.

Semua ini berpunca dari satu garis geologi utama Raub-Bentong Suture. Raub-Bentong Suture adalah sempadan dua kerak bumi yang dahulu pernah bertembung jutaan tahun lalu. Di sinilah emas terbentuk dan terkumpul.

Barangkali kerana itulah penceroboh akan buat apa saja untuk tujuan itu, termasuk melanggar undang-undang.