E-HATI: Polis Sudah Panggil 95 Individu Beri Keterangan

Foto Sinar Harian

Sembilan puluh lima individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes program motivasi rumah tangga eHATI setakat ini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan termasuk menunggu laporan daripada pakar beberapa agensi kerajaan berkaitan.

“Kita juga sudah menghantar barangan kes untuk rujukan Jabatan Pendakwaan negeri dan agensi lain berkaitan untuk analisi kimia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini semalam..

Hadir sama Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.