“Durian tengah murah Boh…”

Gambar Hiasan

Gara-gara mahu semua orang dapat makan dan menikmati raja buah, seorang peniaga di Kota Bharu, Kelantan nekad menjual durian dengan harga yang murah.

Peniaga berkenaan, Mohd Shafian Amran, 32, menjual durian kampung dijual dengan harga RM3.60 sekilogram bagi gred B dan C serta RM5.80 sekilogram untuk gred A.

Peniaga berkenaan berkata, dia menjual durian kampung dengan harga yang murah kerana mahu orang ramai dapat makan raja buah itu.

Katanya, dia gembira kerana setiap hari ratusan orang akan datang ke tempatnya untuk membeli durian dan mampu menjual di antara 25 tan sehingga 30 tan sehari.