DUN Sabah bubar, SPR bincang tarikh pilihanraya

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat untuk membincangkan tarikh penting Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) ke-17

Memaklumkan hal itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata SPR mengambil maklum berhubung pengumuman pembubaran DUN Sabah Ke-16, semalam.

“SPR sudah bersiap sedia untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah.

“Satu mesyuarat khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke-17 akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran DUN Sabah, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, berkuat kuasa hari ini.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertandingan bagi semua 73 kerusi DUN.

Hajiji mengumumkan pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, di sini, yang juga pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.