Dua maut akibat makan umbut rotan

Foto Hiasan

BINTULU: Gara-gara makan umbut beracun yang diambil di Sungai Salik Mayeng Kakus, Tatau di sini, dua lelaki maut, semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis, berkata mangsa berusia 31 dan 58 tahun.

Beliau berkata, tiga lagi yang turut memakan umbut rotan atau nama saintifiknya calamus castaneus diberikan rawatan di klinik sebagai pesakit luar, manakala seorang lagi dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Katanya, dalam insiden jam 7.30 malam itu, pengadu bersama enam lagi rakan yang ketika itu berada di pondok kebun makan umbut rotan yang dimasak seorang daripada mereka.