
Statistik Indeks Pengeluaran Pertanian Negara akan dibangunkan bagi menyediakan data lebih lengkap dan berupaya menjadi penanda aras keterjaminan makanan negara, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurutnya, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dijangka menerbitkan statistik indeks itu setiap suku tahun, sama seperti statistik sektor lain.
Beliau berkata, antara lain statistik itu dapat mengenal pasti pengeluaran pertanian di kawasan mana mencatatkan peningkatan dan data ini dapat dijadikan rujukan serta perkongsian bagi agensi lain.
Mohd Uzir berpendapat sektor pertanian seharusnya dipantau secara berkala kerana ia sangat berkait rapat dengan keperluan asas rakyat.