
JERANTUT: Setiap kali ikan lik muncul itu tandanya banjir berlaku di Ulu Tembeling. Itulah dongeng yang masih dipercayai penduduk di hulu Sungai Tembeling, Pahang.
Bagi kebanyakan penduduk di situ, apabila munculnya ikan liar dikenali sebagai ikan lik (Cyprinus carpio) yang mudik ke hulu sungai, ia memberi bayangan bahawa musim tengkujuh semakin hampir.
Perkara inilah berlaku di Kampung Bantal, Ulu Tembeling sejak beberapa hari lalu apabila kumpulan ikan lik bergerak dari kawasan hilir melalui Sungai Pahang dan Sungai Jelai menuju ke hulu Sungai Tembeling untuk bertelur ketika musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).
Bagi masyarakat di pedalaman Ulu Tembeling, kehadiran ikan lik bukan sekadar fenomena alam, sebaliknya isyarat dan rujukan ramalan banjir.