Diaspora Malaysia Aset Penting: PM

Foto PMO

Setiap rakyat Malaysia di segenap pelosok dunia adalah aset penting negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan diaspora Malaysia berperanan sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa.

“Justeru saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, jaringan dan kemahiran demi menyumbang semula kepada tanah air,” katanya.

Berucap di majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia yang menetap di Itali, Anwar turut berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar kerajaan memperjuangkan masa depan negara di sebalik ketidaktentuan geopolitik dan geoekonomi dunia.