Dewan Rakyat lulus 2 RUU lindung pekerja

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025, yang antara lain bertujuan memperkenalkan Skim Lindung 24/7 iaitu perlindungan menyeluruh kepada pekerja sepanjang masa termasuk di luar waktu bekerja diluluskan di Dewan Rakyat.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata pelaksanaan skim berkenaan bakal memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.

Ketika menggulung RUU itu di Dewan Rakyat, Sim berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mempunyai keupayaan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan skim terbabit apabila dilaksanakan kelak.

“Purata tempoh masa pemprosesan (tuntutan) untuk tahun lepas di bawah Perkeso bagi setiap kes adalah lebih kurang 24 jam. Maksudnya, kecekapannya memang ada untuk memastikan kes diproses dengan segera,” katanya.