
KUALA LUMPUR: Usah guna nombor plat fancy yang mengelirukan kerana anda boleh dikenakan denda hingga RM10,000.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata pemilik kenderaan yang menggunakan nombor ‘fancy’ ekstrim akan disaman di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seksyen 108 akta itu meliputi tindakan mempamer nombor pendaftaran yang mengelirukan.
“Kami telah membawa kes itu ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman minimum RM5,000 dan boleh mencecah RM10,000.
“Kita dapati sejak akhir-akhir ini banyak motosikal dan kereta menggunakan nombor ekstrim hingga mengelirukan agensi penguatkuasa lain,” katanya selepas Op Pelbagai JPJ di Jalan Ampang.