Datuk Haris Tuntut Rafidah Bayar Ganti Rugi RM200,000

Foto Kosmo

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh media sosial, Rafidah Ibrahim berdepan tuntutan ganti rugi berjumlah RM280,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Haris Embong, yang memberikan tempoh tujuh hari untuk berbuat demikan.

Mahkamah Tinggi pada 31 Julai tahun lalu memerintahkan Rafidah membayar ganti rugi itu selepas ahli perniagaan terbabit berjaya dalam kes saman fitnah terhadapnya.

Haris menyatakan jika Rafidah gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan lanjut terhadap wanita itu, yang juga seorang aktivis.

Haris, 48 dan syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd, yang menjalankan perniagaan produk sejuk beku, ‘Aris Burger’ selaku plaintif menyaman Rafidah, 39, yang dinamakan sebagai defendan tunggal, selepas didakwa enggan membayar hasil kerja selebriti itu, empat tahun lalu.

pertama dihantar oleh firma guaman mewakili Haris, Izral Partnership, kepada firma guaman bagi pihak Rafidah di Shah Alam pada 20 Ogos tahun lalu bagi menuntut pembayaran berkenaan seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi.

Notis kedua pula dihantar kepada firma guaman baharu di Gombak yang mewakili Rafidah pada 19 September lalu, yang menyatakan ia mengambil maklum bahawa surat bertarikh 20 Ogos tahun lalu kepada firma guaman mewakili defendan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Firma guaman plaintif, berkata pihaknya diarahkan oleh anak guam untuk menuntut bayaran RM281,200 iaitu jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos mengikut penghakiman Mahkamah Tinggi.

Ia membabitkan ganti rugi sebanyak RM100,000 yang perlu dibayar kepada Haris, ganti rugi sebanyak RM150,000 yang perlu dibayar kepada Arisprop Holdings, kos keseluruhan sebanyak RM30,000 dan yuran peruntukan sebanyak RM1,200.