
Syarikat telekomunikasi tidak akan memberi sebarang maklumat yang memiliki data peribadi kepada mana-mana pihak, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Sebaliknya, hanya maklumat statistik diberi untuk tujuan rasmi, katanya.
Kabinet memutuskan pengumpulan data daripada syarikat telekomunikasi bertujuan mengumpul statistik rasmi bagi meningkatkan pemahaman terhadap mutu dan tahap perkhidmatan di pelbagai kawasan.
Keputusan mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi itu dibuat bersama syarikat komunikasi dan SKMM serta membabitkan agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia dalam siri bengkel sejak 2023.