Dakwaan ‘mafia korporat’ dikaitkan Victor Chin disiasat

Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA: Polis menyiasat dakwaan kegiatan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan oleh pasukan petugas khas Anti-Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, beberapa tindakan penguatkuasaan termasuk pemeriksaan ke atas beberapa premis berkaitan individu berkenaan sudah ilaksanakan bagi membantu siasatan.

“Kita dalam proses siasatan dan memang benar tindakan telah diambil di beberapa premis yang mempunyai kaitan dengan Victor.

“Siasatan diteruskan di bawah AMLA dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.