
PUTRAJAYA: Satu hari cuti tambahan pada 18 Mac diisytihar kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, umum Kementerian Pendidikan (KPM).
Dalam kenyataannya, KPM memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri.
“Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.