Cuti bertindih, penjawat awam dapat cuti gantian sehari, swasta 2 hari

Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pertindihan dua sambutan, iaitu Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam 1 Februari ini akan menyaksikan penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menikmati hanya satu hari kelepasan am gantian.

Kakitangan swasta pula (kecuali di Labuan) akan menikmati cuti gantian selama dua hari

Ini bermakna penjawat awam akan memperoleh hari kelepasan am gantian pada 2 Februari ini, manakala pekerja swasta hingga 3 Februari.

Penetapan itu berdasarkan kenyataan berasingan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) masing-masing pada 8 Januari lalu dan Disember 2025 yang disahkan masih diguna pakai, setakat ini.

Menurut kenyataan JPA, penetapan itu selaras Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

Penjawat awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati hanya satu hari kelepasan am gantian, manakala kakitangan swasta pula (kecuali di Labuan) mendapat cuti gantian selama dua hari