Cukai Rokok Wajar Naik 77 Sen Sebatang

Foto Hiasan / AI

Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini perlu menaikkan duti eksais ke atas rokok dan produk tembakau lain bagi membendung tabiat merokok dalam kalangan remaja, saran badan pemikir, Galen Centre for Health and Social Policy.

Kenaikan duti eksais itu dijangka menjana hasil cukai tambahan, yang boleh disalurkan untuk merawat penyakit berkaitan merokok.

Tambahan lagi, kadar duti eksais itu tidak pernah dinaikkan sejak 10 tahun lalu.

Kali terakhir cukai eksais dinaikkan adalah pada November 2015, sebanyak 43 peratus iaitu RM400 bagi setiap 1,000 batang, berbanding RM280 bagi setiap 1,000 bat