
Sebanyak 31 memorandum persefahaman meliputi pelbagai sektor dimeterai di antara China dan Malaysia sempena kunjungan Presiden Xi Jinping ke Malaysia bagi menggambarkan kepentingan negara dari segi peranannya dalam Asean dan hubungan dua hala dengan Beijing.
Lawatan Xi dilihat penting bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan .
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Aziz menyifatkan memorandum persefahaman yang ditandatangani itu menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan pelaburan dan perdagansn
“Antara memorandum persefahaman itu adalah dalam bidang berkaitan teknologi baru dan kecerdasan buatan (AI). Kami mahu melihat bagaimana kami dapat bekerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan untuk meredakan kebimbangan bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia mengeksport ke China,” katanya.
Tiga memorandum persefahaman dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah mengenai Kerjasama dalam perdagangan dan perkhidmatan, menaik taraf projek “Two Countries, Twin Parks” dan mengukuhkan Kerjasama penyeragaman.
China adalah rakan dagang Utama Malaysia selama lebih 16 tahun berturut-turut manakala China adalah antara pelabur terbesar Malaysia dalam tempoh 10 tahun lepas.
Jumlah perdagangan di antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 billion pada 2024 mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan global Malaysia (RM2.88 trillion).