
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 333 sekolah asrama tahun ini sebagai langkah memperkukuh keselamatan dan kebajikan pelajar.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, pemasangan itu adalah fasa kedua selepas kementerian melengkapkan 200 sekolah asrama dengan kemudahan sama pada tahun lalu.
Beliau berkata, pelaksanaan pemasangan CCTV itu memerlukan penelitian dari sudut teknikal serta pematuhan terhadap aspek privasi sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
“Bagi fasa pertama pada 2025, sebanyak 200 sekolah asrama KPM telah dilengkapi CCTV.
“Untuk 2026 pula, kita akan pasang di 333 lagi sekolah asrama KPM dan ketika ini pelaksanaannya berada di peringkat teknikal,” katanya.