
Mulai 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima RM100 secara one-off di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Tiada permohonan diperlukan. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas secara automatik layak. Bantuan dikreditkan terus ke MyKad. Bawa MyKad ke kedai runcit, pasaraya terpilih.
Terpakai untuk kategori barangan terpilih/ Bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori, termasuk beras, telur, roti, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan persekolahan
Lebih 4,100 premis runcit terbabit. Antara pasar raya terbabit ialah Mydin, Giant, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, dan lain-lain.
Bantuan ini tidak boleh dipindah milik; dan kredit RM100 sah hingga 31 Disember 2025. Jika tidak digunakan, ia akan luput dan baki akan diagih semula kepada golongan rentan melalui program lanjutan.