Bunuh di Golok bukan sebab dadah : Polis

Foto Harian Metro / KETUA Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha.

KOTA BHARU: Pembunuhan seorang lelaki rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand 1 November lalu bukan mengenai masalah hutang berkaitan dadah.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha, berkata pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran mengenai hutang berkait perniagaan pakaian.

Beliau berkata, mangsa berusia 33 tahun disyaki dibunuh selepas gagal melangsaikan hutang mencecah ribuan ringgit kepada suspek yang juga bekas pemain bolasepak Kelantan.

“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, dipercayai enggan membayar hutang kepada suspek sejak tahun lalu,” katanya.