Buli: Pelajar Diikat Tangan dan Kaki

Gambar Hiasan

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai menjadi mangsa buli akibat cemburu oleh dua rakan sekolahnya.

Remaja berusia 13 tahun itu ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher serta mulut ditutup dengan sapu tangan.

Kejadian itu dipercayai berlaku Isnin lalu di tandas sekolah berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu disedari ibu mangsa yang menunggu di luar sekolah selepas mendapati anaknya tidak keluar dari sekolah seperti biasa selepas tamat waktu persekolahan pada jam 6.30 petang.