
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, bertitah buli di sekolah sudah menjadi satu budaya amat buruk di Malaysia, malah ia sebenarnya berlaku lebih kerap daripada yang disangka.
Sambil menjelaskan isu itu benar dan berleluasa, baginda menegaskan anak-anak, remaja serta belia di Malaysia tidak seharusnya berasa takut untuk ke sekolah atau universiti kerana terpaksa berdepan derita ‘diseksa’ oleh rakan sebaya mereka.
“Ibu bapa juga tidak sepatutnya perlu bimbang mengenai keselamatan anak-anak di sekolah, sedangkan mereka sudah cukup terbeban dengan masalah kewangan dan keluarga sedia ada.
“Tanggungjawab bersama kita sebagai masyarakat ialah memastikan setiap nyawa yang terkorban di tangan pembuli, tidak berakhir dengan sia-sia,” titah Seri Paduka menerusi blog baginda.