Bukti Reformasi Besar Sektor Tenaga Negara

Gambar Fail

Pelaksanaan jadual tarif elektrik baru mulai 1 Julai ini adalah antara bukti komitmen kerajaan melaksanakan reformasi besar dalam sektor tenaga negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu dan pengurangan pelepasan karbon menjelang 2050.

“Di bawah jadual tarif baharu ini, sebanyak 85 peratus pengguna domestic pemilik akaun dijangka terus menikmati kadar elektrik yang sama atau lebih rendah, sekiranya penggunaan tidak melebihi 1,000 kilowatt/jam sebulan,” katanya.

Beliau berkata, inilah antara reformasi besar yang sedang digerakkan secara bersepadu oleh kerajaan bersama Kementerian Peraalihan Tenaga da Transformasi Air, Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad.