Bukan serbu masjid, hanya latihan taktikal

Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA: Bukan serbu masjid tetapi hanya Latihan taktikal. Itulah penjelasan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menafikan dakwaan kononnya pasukan elit agensi itu melakukan serbuan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 19 September lalu.

Tuduhan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu tidak berasas sereta enjejaskan imej pasukan keselamatan dan moral anggota elit negara, kata Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

“Maritim Malaysia tidak pernah dan tidak akan menjadikan rumah ibadah sebagai lokasi serbuan atau operasi.

“Aktiviti yang dimaksudkan sebenarnya merupakan sebahagian daripada latihan taktikal Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team),” katanya dalam kenyataan semalam.

Belau menjelaskan, latihan berkenaan penting bagi membentuk daya tahan fizikal dan mental, selain mendidik anggota agar bijak berinteraksi dengan masyarakat ketika menjalankan misi penyamaran di lapangan.

“Masjid berkenaan hanya dijadikan lokasi beriktikaf dan berehat selepas menunaikan solat Asar sebelum pelatih menerima tugasan seterusnya.

“Pihak masjid juga dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran mereka dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku,” katanya.

Kaanya, tiada elemen kekerasan atau tindakan tidak wajar sebagaimana yang didakwa, sebaliknya para pelatih hanya menunaikan ibadah di rumah Allah itu.