Buah kebangsaan baru: Durian atau nanas?

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Durian atau nanas? Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang mempertimbangkan yang mana satu perlu dinamakan secara rasmi sebagai buah kebangsaan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin, berkata Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah mendapatkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 80 peratus responden menyokong nanas dijadikan sebagai buah kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau berkata pemain industri durian dikatakan sangat tidak bersetuju dengan alasan bahawa durian layak mendapat gelaran terbabit, apatah lagi buah itu telah dihidangkan kepada Presiden China Xi Jinping semasa lawatannya ke Malaysia.

“Oleh itu, kementerian perlu menyelaraskan perkara ini dengan lebih lanjut,” kata Chan.

Kementerian sedang mengkaji untuk memperluas Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia menjadi badan yang lebih luas.

Ia meliputi nanas, kelapa dan durian untuk mengurus buah-buahan komersil bernilai tinggi ini dengan lebih baik Chan berkata langkah itu selaras dengan hala tuju kerajaan untuk memperkemas jabatan sedia ada dan bukannya mewujudkan yang baru.