Boleh Bersuara Tapi Mesti Bertanggungjawab

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat berhak menyuarakan pandangan termasuk rasa tidak puas hati namun suara itu perlu dipandu dengan ilmu, adab dan kesedaran terhadap nilai kebaikan.

Menurutnya, ruang diberikan untuk rakyat menyuarakan pandangan tetapi mesti ada pencerahan.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog awam selama 30 minit sempena majlis perasmian penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku di Putrajaya semalam.

Turut serta pada sesi berkenaan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar berkata tradisi politik Islam menggariskan bahawa kebebasan datang bersama tanggungjawab dan keupayaan menilai sesuatu perkara secara adil, beradab dan berpaksikan kebenaran.