BNM Turun Kadar OPR kepada 2.75 Peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Ia adalah langkah awal untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran inflasi sederhana, kadar siling dan lantai turut dikurangkan kepada tiga peratus dan 2.5 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal stabil disokong oleh permintaan domestik, eksport yang kukuh serta pelaburan sektor awam dan swasta berbilang tahun.

Inflasi kekal terkawal dengan purata 1.4 peratus (keseluruhan) dan 1.9 peratus (teras) serta dijangka sederhana sepanjang 2025 berikutan kos global yang stabil dan tiada tekanan permintaan berlebihan.