
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
BNM semak semula unjuran KDNK 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus berbanding unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, mengambil kira ketidaktentuan tarif dan rundingan perdagangan global.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh pembaharuan struktur, permintaan domestik yang kukuh, serta prospek eksport dalam sektor E&E dan pelancongan. Inflasi dijangka sederhana antara 1.5 peratus hingga 2.3 peratus dengan tekanan harga komoditi global yang terhad dan dasar domestik yang dijangka kekal terkawal.
Bank pusat itu berkata unjuran pertumbuhan terkini mengambil kira senario tarif yang pelbagai, merangkumi senario kemungkinan kenaikan tarif yang berterusan serta hasil rundingan perdagangan yang lebih menggalakkan.