
JELEBU: Barisan Nasional (BN) yakin mampu merampas Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH) jika berjaya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid, kedua-dua kerusi itu menjadi penentu — Chennah kini dipertahankan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, manakala Linggi yang merupakan kerusi milik BN dicabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. “Bacaan saya, saya harap tidak salah. Kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan. Begitu juga kalau kita kekalkan Linggi, ‘confirm’ Negeri Sembilan di bawah BN,” katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi DUN Chennah, hari ini.
Presiden UMNO itu turut menggesa calon BN di Chennah, Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan Siow Kong Choon, menumpaskan Loke yang menyandang kerusi berkenaan sejak 2013. “Dah tiga penggal. Saya tak mahu sentuh peribadi, cuma saya nak kata, siapa orang itu?” katanya merujuk Loke.
Ahmad Zahid turut mendakwa ‘gelombang biru’ dari Johor kini menular ke Negeri Sembilan dan bakal memperkukuh BN. Beliau juga menepis kenyataan pemimpin DAP bahawa kerjasama BN–Perikatan Nasional bakal ‘karam’, lalu mencabar: “Kita tengoklah siapa yang karam, siapa yang timbul pada satu haribulan nanti.”