Bina Tamadun Unggul, Jadi Pemimpin Muda Negara: Agong

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berperanan sebagai pembina tamadun unggul menggunakan ilmu yang diperoleh untuk kemajuan ummah dan menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin muda negara, saran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim .

Baginda bertitah, graduan tidak boleh leka dalam mengharungi arus kemodenan dan terbabit dalam perkara tidak sihat.

Titah baginda, graduan adalah aset strategik untuk memacu negara ke arah kemajuan dan masa hadapan lebih gemilang.

“Graduan perlu menggunakan ilmu dengan sebaik-baiknya dan jadilah seorang pemimpin muda yang berguna kepada negara, jangan sekali-kali menghampakan harapan ibu bapa dan melakukan perkara yang boleh meruntuhkan jati diri negara,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UPNM ke-15, semalam.