
Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan menerusi format bil baru yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif elektrik baru yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga baru-baru ini.
Struktur baru yang digunakan itu diluluskan kerajaan melalui mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.
Laman sesawang rasmi TNB menyatakan pelanggan akan menerima bil memaparkan pecahan tiga komponen utama iaitu caj penggunaan, caj rangkaian dan caj peruncitan.
Menurut laman itu, pendekatan berkenaan bertujuan meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna terhadap struktur bil elektrik