
Kerajaan sedang meneliti untuk memperluas bidang kuasa Ombudsman Malaysia yang akan ditubuhkan supaya agensi di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT),
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun buat masa ini cadangan asal penubuhan badan bebas itu hanya meliputi agensi di peringkat Persekutuan.
“Dalam proses perangkaan dasar, kita turut teliti kemungkinan peluasan bidang kuasa kepada agensi peringkat negeri termasuk PBT. Ini tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan daripada kerajaan negeri tersebut.
“Berkaitan (peluasan) di peringkat kerajaan negeri, ia (dibincangkan) dalam sesi libat urus yang sedang berjalan walaupun ia sepatutnya tamat Julai,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.