
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan campur isu membabitkan pemecatan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, buat masa ini.
Presiden PKR itu juga enggan mengulas mengenai keperluan pelantikan jawatan Ketua Pembangkang baru selepas Hamzah yang memegang jawatan itu dipecat keahliannya daripada Bersatu, Jumaat lalu.
“Biar mereka bergaduh dulu,” katanya ringkas ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Presiden PKR bersama PKR Johor di sini, semalam.
Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, keputusan memecat Hamzah diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti itu.
Hamzah dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti yang dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.