Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Desa Pachi Meninggal Dunia

Foto FB Nik Hasyudeen

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohd Desa Pachi, mantan pengerusi dan pengarah urusan the New Straits Times Press Bhd, meninggal dunia semalam’. Allahyarham berusia 91 tahun.

Kepulangan Allahyarham disahkan oleh anggota keluarganya yang menyatakan arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.47 petang di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Walaupun punca kematian tidak diumumkan secara rasmi, pemergian Allahhyarham mendapat perhatian ramai tokoh profesional dan korporat yang mengenang jasa dan keperibadiannya. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang berprofil rendah tetapi berpengaruh besar dalam dunia korporat Malaysia.

Allahyarham adalah Ketua Pegawai Eksekutif pertama Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan memainkan peranan penting dalam pelaksanaan “Dawn Raid” ke atas Guthrie pada tahun 1981.

Arwah pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Mining Corporation Bhd dan Fleet Group Sdn Bhd, yang memiliki syarikat seperti New Straits Times Press.

Menyumbang selama lebih 20 tahun kepada CIMB Group, membantu transformasi institusi kewangan itu menjadi antara yang terkemuka di rantau ini.

Tan Sri Desa Pachi antara orang Melayu pertama yang menerima biasiswa Colombo Plan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Melbourne, Australia dan memulakan kerjaya di Shell Group pada tahun 1962, sebelum menubuhkan firma perakaunan sendiri, Desa Megat & Co.

Tan Sri Desa Pachi digambarkan sebagai seorang ayah yang penyayang, berintegriti dan tidak pernah meninggi diri walaupun memiliki pencapaian luar biasa. Allahyarham adalah insan yang “berkata sedikit tetapi menunjukkan banyak melalui tindakan” dan menjadi inspirasi kepada keluarga serta masyarakat.