Bekalan telur murah dipertingkat

Foto Sinar harian

Kuala Terengganu: Bekalan telur gred C akan ditambah agar pengguna dapat terus menikmatinya pada kadar harga murah walaupun subsidinya akan dimansuhkan 1 Ogos depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pengeluaran telur keluaran khas yang diperkenalkan Ramadan lalu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kita akan tingkatkan pengeluaran telur khas yang harganya lebih murah. Pada Ramadan lalu, telur berkenaan dijual sepapan RM5,” katanya.

Menurutnya, libat urus berunding dan berbincang dengan pengeluar sudah dijalankan.

Beliau berkata, bagi memastikan bekalan telur ayam di pasaran tempatan terus stabil, larangan import kecuali yang masih terikat dengan kontrak pertanian masih dilaksanakan.