Bedah Siasat Zara Qairina Selesai

Foto Sinar Harian

Proses bedah siasat jasad Zara Qairina Mahathir selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan peguam keluarga, Shahlan Jufri yang menyaksikan proses bedah siasat atas permintaan keluarga Zara Qairina.

Bedah siasat bermula kira-kira jam 11 pagi tadi dan selesai sebelum jam 8 malam semalam. Jasad remaja berusia 13 tahun itu dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang.

Penggalian semula kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, semalam mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada jam 7.31 malam selepas dimulakan pada jam 6.04 petang.

Menurut imam masjid, jasad arwah Zara dalam keadaan baik.