Bebaskan Palestin bergema di Dataran Merdeka

Foto Bernama

Ribuan rakyat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka, di sini petang semalm bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin menerusi Perhimpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza.

Perhimpunan anjuran ‘Sekretariat Humanity 4 Gaza’ (H4G) mengumpulkan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia.

Terdahulu, lebih 2,000 lapisan masyarakat termasuk sebahagian kecil berbangsa India dan Cina, turut menyertai perhimpunan berkenaan bermula jam 5 petang.

Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi tidak menghalang sebahagian besar peserta berarak dari arah pusat beli-belah Sogo dan Masjid Negara menuju Dataran Merdeka, sambil melaungkan kata-kata ‘Takbir’, ‘bebaskan Palestin’ dan ‘undur Israel di bumi Gaza’.