Bawa Kereta ke Laut, Pempengaruh Ditahan

Foto Maritim Malaysia

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pempengaruh media sosial membawa sebuah kereta ke laut untuk tujuan penggambaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang, berkata pempengaruh itu ditahan dalam Operasi Iman ketika berada pada jarak 16 batu nautika barat laut Kuala Terengganu berhampiran Pulau Bidong pada jam 6 petang.

Beliau berkata, tindakan pempengaruh terbabit meletakkan kereta di atas platform yang ditarik dengan sebuah bot penumpang jelas melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).

“Platform itu dibina tanpa peralatan keselamatan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada kru, penumpang dan pengguna perairan lain,” katanya.

Hamiludin berkata, pihaknya turut menahan sebuah lagi bot yang mengiringi penggambaran itu kerana beroperasi tanpa lesen sah Jabatan Laut.

Beliau berkata, kedua-dua bot terbabit, pempengaruh, kru dan penumpang masing-masing berusia 21 hingga 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.