
Kerajaan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usia beliau yang sudah lanjut dan statusnya sebagai bekas Perdana Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahaim berkata, Kabinet tetap berpendirian Dr Mahathir bersalah kerana menarik balik semakan ICJ pada 2018, namun laporan RCI dinyahklasifikasi menunjukkan keputusan dibuat secara sepihak.
Dr Mahathir dakwa laporan RCI bermotif politik, tetapi menyatakan kesediaan menghadapi siasatan jenayah jika perlu, dengan menegaskan keputusan dibuat bersama kabinet ketika itu.