
Bas dipandu sekali ganda melebihi had laju ditetapkan menjadi punca tragedi yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, pada 9 Jun lalu.
Perkara itu didedahkan dalam laporan awal Pasukan Petugas Khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), hari ini.
Analisis kinematik yang dijalankan mendedahkan, bas berkenaan dipandu pada kelajuan 117 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian, berbanding had ditetapkan iaitu 60km/j.
Kegagalan mematuhi had laju itu mengakibatkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan, kenderaan tergelincir dan terbalik ke kiri jalan.