
SEPANG: Banjir di Kampung Giching di sini mengorbankan seorang anggota polis yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terperangkap dalam air banjir semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 10.20 malam (tadi), dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.
Mangsa adalah anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan sejumlah anggota bomba menjalankan operasi di sebuah kawasan banjir di sini.